Program ‘Pemakanan Seimbang, Anak-anak Berkembang’ Sesi ke-2

Alhamdulillah, seramai 36 orang Penyedia Sajian TASKA PERMATA Keluarga YPKT daripada 4 buah daerah berjaya mengikuti Program ‘Pemakanan Seimbang, Anak-anak Berkembang’ Sesi ke-2 yang telah diadakan pada 6 Disember, 2021 (Isnin).
 
Program ini menekankan pentingnya pemakanan yang seimbang kepada kanak-kanak, agar perkembangan fizikal, mental dan tumbesaran mereka berlaku secara sihat. Selain demo masakan, maklumat saiz hidangan dan porsi makanan yang betul juga dikongsikan.
 
Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Dietetik yang diketuai oleh Dr. Che Suhaili Che Taha, iaitu Ketua Pusat Pengajian Pemakanan & Dietetik UniSZA.
Turut sama hadir ialah En. Wan Yusmalifalida Wan Razali, Penolong Pengarah (Bahagian Perkembangan Awal Kanak-Kanak) mewakili YPKT.
 
* setiap peserta diuji dengan kuiz dan pertandingan masakan juga diadakan untuk menguji kefahaman mereka.
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 31 Mac 2023, 00:52:21.

Jumlah Pelawat: 

00088238
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my