Program Pasca Perkahwinan Sehati Sejiwa Parlimen Dungun

6 November 2021 (Sabtu) telah berlangsungnya Program Pasca Perkahwinan Sehati Sejiwa bagi Parlimen Dungun yang telah diadakan di Dewan Kuliah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu.
Program ini diadakan bagi menangani isu kebarangkalian berlakunya perceraian dikalangan keluarga muda yang usia perkahwinan dibawah 5 tahun kebawah.
 
Apa yang disampaikan didalam program ini adalah berkenaan dengan Pengurusan Kewangan Keluarga, Kenali Hati, Kenali Jiwa dan Komunikasi Dalam Keluarga. Ini bukan sahaja dapat mencapai skil kemahiran berkeluarga tetapi juga keberkatan berkeluarga kerana barakah itulah yang akan memastikan sesebuah keluarga itu mendapat Assa'adah Haqiqiyah (Kebahagian Hakiki).
 
Penceramah yang telah mengendalikan Program ini adalah Encik Mohd Azizuddin bin Abdullah daripada Agensi kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Cawangan Kuala Terengganu dan Al-Fadhil Ustaz Raja Ibrahim bin Raja Manis dari PEjabat Agama Daerah Dungun.
 
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengarah YPKT, YBhg. Tuan Haji Wan Mohd Zaki bin Wan Abdullah. Turut hadir, Tuan Haji Mohd Fauzy bin Abd Ghani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti YPKT dan Puan Wan Nurhidayatie binti Wan Muhamad, Pegawai Kawasan YPK Dungun.
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 31 Mac 2023, 00:52:21.

Jumlah Pelawat: 

00088238
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my