20 Februari 2023 (Isnin) - Majlis Penyampaian Pembiayaan Modal Program Jaya Diri telah diadakan bertempat di Kompleks Ibu Tunggal Chendering, Kuala Terengganu. Seramai 90 orang peserta dari 8 daerah Negeri Terengganu telah menerima pembiayaan dengan jumlah sebanyak RM 980,000. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zahanapi bin Sagaf, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu . Turut hadir En. Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah (Program) YPKT, Dr. Tengku Khairi bin A. Rahman, Bussiness Coach, Markplus Business Advisor. #ypkt #keluargabahagiaandasejahtera #TerengganuMajuBerkatSejahtera