Lawatan Kerja Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) ke Pejabat Jabatan Landskap Negara

LAWATAN KERJA YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU
 
Pada 17 Januari 2023, telah berlangsungnya Lawatan Kerja Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) ke Pejabat Jabatan Landskap Negara yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Zahanapi bin Sagaf, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Ahmad Syaharuddin bin Kamaruddin, Pengarah Bahagian Dasar dan Pengurusan Korporat serta beberapa wakil pegawai daripada YPKT dan JLN bagi mendapatkan maklumat mengenai fungsi dan peranan Jabatan.
Fokus utama perbincangan ini adalah mengenai aspek program komuniti dengan pendekatan untuk memperkasakan penyertaan komuniti setempat melalui program Jabatan yang telah diwujudkan sejak tahun 2013.
Program Rakan Taman merupakan program kesukarelawanan yang berfungsi untuk membantu PBT dalam menjaga, memelihara dan menyemarakkan penggunaan taman kejiranan. Antara program lain adalah program-program pembudayaan landskap yang merlibatkan progam secara komuniti seperti pameran, ceramah dan taklimat, gotong royong membina taman, pertandingan-pertandingan bersempena landskap dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang bertujuan untuk membudayakan landskap.
 
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 31 Mac 2023, 00:52:21.

Jumlah Pelawat: 

00088238
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my