Majlis Penutup Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon Siri 1/2023

25 Februari 2023 (Sabtu) - Majlis Penutup Program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon Siri 1 2023 telah diadakan bertempat di Permai Hotel, Kuala Terengganu.
Majlis telah dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Zahanapi bin Sagaf, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
Turut hadir sama, Ybhg. Prof. Madya Dr. Norhayati binti Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Penilaian YPKT selaku Ahli Lembaga Pegegang Amanah YPKT; Ybhg. En. Kamarulzaman bin Awang, Timbalan Pengarah (Program) YPKT dan Ybhg. Tuan Haji Mohd Fauzy bin Abd Ghani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga YPKT. Seramai 15 pasangan peserta telah menghadiri bagi menjayakan program ini.
Program Pasca Perkahwinan 2nd Honeymoon diadakan adalah untuk memenuhi salah satu hasrat Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan kualiti hidup berkeluarga rakyat Terengganu melalui kaedah pengukuhan hubungan kasih sayang antara pasangan.
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 31 Mac 2023, 00:52:21.

Jumlah Pelawat: 

00088238
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my