YBM SUK Terengganu berharap semua pegawai dan kakitangan YPKT dapat memberikan sepenuh komitmen bagi memastikan pelaksanaan setiap inisiatif yang telah dirancang dalam Pelan Antirasuah YPKT 2022 – 2026 ini akan tercapai
Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada 81 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 dan 13 penerima Anugerah Jasamu Dikenang pada kali ini. Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik semangat dan mencetus inspirasi kepada semua warga YPKT, untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.
Beliau turut menekankan walaupun pandemik CoVID-19 ini belum berakhir, tetapi tugas dan tanggungjawab perlu kita teruskan untuk diberikan kepada klien-klien ataupun masyarakat di negeri Terengganu ini dengan sebaiknya. Jangan jadikan pandemik ini sebagai satu alasan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab kita.