Lawatan Kolej Ketengah ke YPKT dan TASKA Permata Keluarga

3 November 2022 (Khamis) - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah menerima seramai 25 orang pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Kolej KETENGAH untuk mengadakan lawatan ke TASKA Permata Keluarga. Lawatan daripada Kolej KETENGAH ini diketuai oleh YBrs Tuan Haji Mohd Razali bin Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej KETENGAH dan Pegawai Tadbir, Puan Nur Zalikha binti Kamarul Zamri serta 2 orang pensyarah yang turut sama hadir.
Antara TASKA Permata Keluarga yang dilawati adalah TPK Wisma Darul Iman dan TPK Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Objektif lawatan di TASKA Permata Keluarga ini diadakan adalah untuk memastikan pelajar menguasai ilmu kemahiran kanak-kanak yang luas serta mampu menyuburkan potensi dan pengalaman nilai-nilai murni. Selain itu, pelajar juga memperolehi kemahiran dalam memenuhi peranan mengajar, mendidik, mengasuh, memimpin, membentuk watak kanak-kanak serta merasai pengalaman mengurus institusi pendidikan awal kanak-kanak dengan berkesan.
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 31 Mac 2023, 00:52:21.

Jumlah Pelawat: 

00088238
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my