Kursus Asas Teknikal Pemandu Kenderaan YPKT 2023

Hotel UITM Dungun - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah mengadakan Kursus Asas Teknikal Kepada Pemandu Kenderaan YPKT selama 2 hari pada 27 dan 28 Februari 2023 baru-baru ini.
Seramai 19 orang terlibat didalam kursus ini terdiri daripada Pemandu YPKT, Juruteknik YPKT dan Pembantu Tadbir (Kenderaan). Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah, En. Aizuddin bin Othman dan perunding kursus, En. Hashin bin Ismail daripada HNR One Resources.
Tujuan kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan tentang pengetahuan teknikal kepada setiap pemandu kenderaan agensi atau jabatan. Dengan ini pemandu dapat mengenal pasti bentuk dan jenis kerosakan yang berlaku sebelum menghantar kenderaan ke bengkel agar kos pembaikan lebih terkawal seterusnya meningkatkan produktiviti pemandu.
Turut hadir dan menjayakan kursus ini, Tuan Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain, Timbalan Pengarah (Pengurusan) YPKT dan Puan Masliza binti Abdul Mubin, Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran YPKT.
 
  • Kemaskini Terkini : Jumaat 31 Mac 2023, 00:52:21.

Jumlah Pelawat: 

00088238
logo ypkt footer

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

GPS : 2.3820644,102.209822

TALIAN AM : 09-624 9355 / 57 / 58
FAKS : 09-624 1078
E-MEL : admin@ypkt.gov.my